LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI
KEMENTERIAN PERTAHANAN
PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN PENILAIAN
TAHAP KECEKAPAN (PTK)
PENGUMUMAN
"Merujuk
kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 (Penetapan Ketua Perkhidmatan
Bagi Skim Perkhidmatan Yang Sedang Berkuatkuasa Dalam Perkhidmatan Awam
Persekutuan), hanya permohonan calon-calon yang memilih untuk
kekal di bawah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebagai Ketua
Perkhidmatan akan diproses untuk menduduki PTK Sesi 2/2010. Sebarang
pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Cawangan Peperiksaan
dan Kompetensi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia" |
1. |
Pastikan pemohon mendapat kelulusan dan pengesahan kelayakan daripada Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan. |
2. |
Permohonan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) melalui laman web Kementerian
Pertahanan hanyalah untuk pegawai/ kakitangan BUKAN GUNASAMA Kementerian
Pertahanan sahaja dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Sila rujuk
Jadual Peperiksaan PTK. |
3. |
Sila
pastikan Skim dan Tahap Kecekapan anda adalah betul. Kesilapan dalam
memilih bahagian tersebut akan menyebabkan anda GAGAL untuk didaftarkan. |
4. |
Pastikan
maklumat yang dikemukakan adalah benar. Sekiranya maklumat didapati
tidak benar keputusan Penilaian Tahap Kecekapan berkenaan akan TERBATAL.
|
5. |
Calon
yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki PTK. |
6. |
Calon
tidak dibenarkan menukar pusat PTK. |
7. |
Keputusan
permohonan boleh disemak secara online melalui Semakan Status
Permohonan DUA (2) minggu sebelum tarikh PTK. |
8. |
Pemohon
hendaklah mencetak Slip Menduduki PTK di bahagian ini dan dibawa semasa
hari peperiksaan. |
9. |
Sekiranya
calon tidak dapat menghadiri PTK, sila maklumkan kepada Cawangan Peperiksaan
dan Kompetensi dengan kadar segera secara bertulis ke Cawangan Peperiksaan
dan Kompetensi, Aras 1, Bangunan Zetro, Jalan 9/27, Seksyen 5, Wangsa
Maju, 53300 Kuala Lumpur. |
10. |
Calon
yang tidak dapat hadir pada hari PTK tanpa sebab boleh dikenakan tindakan
yang sewajarnya. |